Thursday, July 14, 2011

~Sanah helwa buatku...~

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Kuasa...hari ini 15 JULAI 2011(Jumaat) telah bertambah lagi angka usiaku. Bertambah tua la aku. Eh silap makin matang la aku..huhu. Alhamdulillah sungguh bertuah diriku kerana pada hari ini tarikh keramat itu jatuh pada hari yang penuh berkat., hari yang dilimpahi rahmat, apatah lagi subuh tadi air rahmat telah  berguguran membasahi Taman Setia ini. Doaku agar matiku juga jatuh pada hari Jumaat. InshaAllah. Amin

Namun, di sebalik pertambahan usia itu, ada seberapa agenda yang perlu aku tambah dan tingkatkan lagi momentumnya..iaitu:

1. Bekalan di akhirat - dari segi amalan. Alhamdulillah sebelum melakar pena di ruangan blog ini, aku singgah sebentar di laman sesawang "facebook". Ramai yang memberikan ucapan heppy besday, sanah helwa, selamat hari lahir..cuma ada segelintir sahaja yang mengingatkan ku kepada kematian. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan doa agar tidak lemah dalam perjuangan dan sebagainya. Lantas kata-kata itu membuatkan ku terfikir, bagaimana akan amalan-amalan ku yang lepas?Adakah masih di takuk lama atau perlu kepada "anjakan paradigma"? Semuanya perlu aku fikirkan. Bukan setakat berfikir, ianya perlu juga kepada tindakan. Itu barulah dinamakan " HIJRAH". Hijrah tidak perlu hanya tunggu pada waktu Maal Hijrah saja, setiap hari kita perlu berhijrah. Tepuk dada, tanya iman. tiba-tiba idea datang..

2. Ukhuwwah.. Bicara mengenai ukhuwwah ini akan tiada hentinya. Tapi bagaikan saat ini uhkuwwah itu bagaikan hambar. Perasaan itu berkurangan. Dimana silapnya aku pun tidak pasti. Adakah kerana "hal" itu ataupun sebaliknya? Sahabatku mengatakan inilah ujian dalam persahabatan. Aku menerimanya..namun..hurm perlu belajar lagi akan persahabatn ini.

3. Semester 2. Semester yang baru bermula. Semester tangga ke2 yang membawaku untuk sampai ke garisan penamat. Andai pelari pecut negara baru berjinak-jinak mengatur langkahnya, aku sudah mulai berada di larian yang pertama. Ya itulah aku. Aku yang takkan berhenti untuk berusaha setelah kecundang pada mulanya. Aku pastikan yang kaki dan tangan ini takkan pernah untuk berhenti sekerat jalan. Jika orang lain bisa mentertawakan dan mengherdik diriku sedemikian, biarlah. Akan ku pasti herdikan dan gelak tawa itu menjadi inspirasi baru dalam perjuanganku. Takbir!!!

Sambil ku ligat menulis, ku jelajahi pula laman "youtube"..dan akhirnya terjumpa lagu ini....liriknya itu membuatku analisis diri. Jom dengar.....:)



No comments:

Post a Comment