Thursday, December 30, 2010

CoreTaN maLAM



"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga


p/s: Lagu 'Gelombang Keadilan' ~~Shoutul Harakah


AlhamDUliLLAh...

Ku biarkan jari jemari yang kerdil ini memulakan langkah tariannnya dengan alunan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Semoga segala ibadah yang ku lakukan hari ini dan hari-hari yang bakal mendatang mendapatdilimpahi  keberkatan dan keredhaan di sisi-Nya. AMIN

Sudah agak lama juga aku tidak berjinak-jinak dengan dunia 'blogger' yang kian ku abaikan ini...Mungkin juga dahulu ada sumber-sumber inspirasi yang menggalakkan ku untuk menceburinya..Mungkin juga semangat ku untuk 'berblogger' semakin pudar disebabkan oleh masalah "broadband" yang hampeh menyebabkan bencana kemalasan sering melanda mindaku. Dan akibatnya, link dan password blog yang ku bina sudah hilang dari radarnya..Kahkahkah..Handphone yang biasa ku jadikan buku nota juga sudah hilang fungsinya..

28hb Disember 2010: 
Alhamdulillah kini...akhirnya ku berjaya membina sebuah 'taman indah' yang bakal mewarisi khazanah ciptaan dunia ku sendiri..Agaknya faktor 'penghijrahan' di tempat baru membuahkan ramuan semangat  yang baru..mengimbas kembali pada tarikh 20hb Disember 2010, ku selamat menjejakkan kaki di Bumi Barakah INSANIAH, Alor Setar..Kedah. Salah satu negeri yang diperintah oleh pejuang kebenaran...

Sambungan cerita ~~

Asalnya hari ini hari pertama kelas ku (MCC 1013 Business Communication) bermula setelah berhempas pulas mendaftar subjek pada Ahad yang lepas... Ermm banyak juga urusan yang perlu disedian dan dilengkapkan apatah lagi bagi diri ku yang merupakan pelajar 'transfer kredit'.. Malah di tambah lagi dengan  adegan sambutan ajk-ajk pelaksana MSR "minggu silaturrahim" yang menghadiahkan  kami semua dengan cenderahati kenangan berupa denda, tangisan dan pengalaman...Memang agak berbeza juga ya bilamana kita menjadi pelaksana dan orang yang dilaksana semasa minggu orientasi. Adat manusia, adakalanya kita berada di atas, dan ada masanya kita duduk di bawah. Ku terima segalanya dengan sifat kematangan dan bijaksana penerimaan. Banyak juga rungutan dan omelan daripada para pelajar baru termasuklah muslimin dan muslimat...kuikuikui..Maklum jela mungkin ini kali pertama mereka merasai nikmatnya bergelar 'mahasiswa/i' universiti. Alhamdulillah selesai 4 hari 'dibelasah' oleh kakak-kakak dan abang-abang fasilitator, majlis ikrar sumpah sebagai mahasiswa/i dilaksanakan. Petanda berakhirnya sudah "penjara dunia" bagi freshie baru. seperti kami. Ku rangkumkan kenangan ini dengan penyatuan kesimpulan yang berbunyi:

"Hidup Hidup..Biah Solehah,
"Erat Erat...Ukhwwah Fillah,
"Insaniah...Barakah,
"Insaniah...Dekat Di Hati...
Takbir...Allahuakhbar!!!


p/s: Harapan ku buat masa ini ialah:

1. Dapat selesaikan urusan 'transfer kredit' dengan segera. InshaAllah berjaya, dapat jimatkan masa 1 tahun dan menjadikan tempoh belajar menjadi 2 tahun sahaja..amin

2. Moga sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan untuk berada di bumi Barakah Insaniah ini dengan jayanya..dapat masuk kelas, datang kelas pada waktu yang tepat..azam baru.

3. Harapan ku buat tempoh 2 tahun...ku dapat menghabiskan tahap ini dengan ijazah kelas 'PERTAMA' supaya ku terlepas daripada tuntutan ptptn..kihkih..Inshallah amin.


Moga berjaya buat diriku...

Tuesday, December 28, 2010

percubaAN...

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya.....blog baru lagi....blog yang ke-2

Blog yang lama ntah ke mana....xboleh buka....silap sendiri sebab x meng'update'kan diri untuk ber'blog'..


Kini, ciptalah blog baru..dengan azam baru...dan pembaharuan yang jitu.....di tahun baru..di tempat yang juga baru...

InshaAllah....