Friday, July 29, 2011

Pesan Umar r.a Buat Pejuang!

Umar ibn Al-Khattab ra di dalam suratnya kepada Saad bin Abi Waqqas dalam peristiwa pembukaan qodisiah, Beliau berwasiat

"Sekiranya kita tidak tewaskan mereka dengan ketaatan kita, nescaya kita tidak akan mampu kalahkan mereka dengan kekuatan kita"


Wadiah al-Ansari pernah berkata, beliau pernah mendengar Umar menasihati seseorang dengan katanya;

" Janganlah berbicara apa yang tidak memberi makna kepadamu, Kenalilah musuhmu, berhati-hatilah dengan kawanmu kecuali seorang yang amanah, dan tidaklah dia itu amanah kecuali dia orang yang takut kepada Allah, janganlah kamu berjalan dengan orang jahat nanti dia akan ajar kamu tentang kejahatannya, janganlah kamu membongkar rahsiamu, dan jangan pula kamu berbincang tentang urusanmu kecuali dengan orang yang takut kepada Allah sahaja"

Sumber :
Sifatus Sofwah dan Tafsir Dr Wahbah Az-Zuhaili 
p/s:sumber asal dipetik daripada Bayu Senja..

PERANAN ULAMA DAN UMARA DALAM MEMBINA TAMADUN DUNIA

Latar belakang keduniaan dan kenegaraan sekarang adalah kegelapan yang zulmat, penuh dengan warna-warni hitam ketakutan dan lagu yang tidak menyenangkan. Peperangan, sudah menjadi tradisi yang tidak direlakan,. Keruntuhan sosial sudah sampai ke tahap barah maksimum, manakala yang masih kekal dengan akhlak-akhlak murni adalah termasuk golongan terasing dan tersisih.

 

~A Miracle One~

Daripada kacamata pengembara 
KITA adalah berkelana
Daripada kacamata penguasa 
KITA adalah hamba-Nya yang lemah.

Susurilah jalan-jalan kehidupan
Bertemankan suria nan indah
Renangilah gelora di lautan 
Dengan kesabaran kelak KAU kan tiba

Dakilah gunung yang tinggi 
untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kelip
untuk menerangi HATIMU yang kecil ini 

Luas jalan terbentang
Menuju kesaksian kebenaran

Biarpun ribut melanda
Dunia kan cerah pabila ia reda
Percaya pada DIRIMU sendiri
Kelak KAU kan berjaya
menggapai impian




P/S: pesanan penaja , think positive everywhere, anytime in a right where..

KAMI JUGA MAHU BERJUANG

Ayah,

Biar apa pun terjadi,
Biar apa pun yang terhidang,
Biar apa pun yang menghalang,
Jangan biar perjuangan terbang melayang.

Pertahankan prinsip agama,
Jadilah mujahid bermaruah!

Perjuangan kita bukan barang tebusan,
tetapi itulah darah daging yang akan memberatkan mizan IMAN.

Jika keluarga diancam,
itu baru satu dari episod perjuangan.

Andai sesuatu terjadi,
Ingatlah Tuhan tak akan mungkiri janji.

Tak usah kerana ancaman mahupun umpanan,
Habis maruah tergadai,
Habis perjuangan tersadai.

Kita ada Tuhan,
Biarlah Tuhan menjaga kita.

Keluarga kita keluarga pejuang,
Kita tetap akan terus berjuang,
Kita hadapi bersama segala rintangan atas nama JIHAD!

Anakmu impikan gelaran pejuang,
Anakmu juga idamkan mati sebagai PEJUANG!


p/s:copy from bayu senja..sebagai sumber aspirasi... huhu

Friday, July 15, 2011

~Titik Ajaib~

Sayu....apabila mendengar lagu ini
Sayu....apabila mendapat lagu ini daripada seorang adik yang menjadikan lagu ini sebagai penghubung kami d laman sesawang "facebook".
Sayu....setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya..
Say......thank you so much...thanks a lot Aini Nur Balqis @ http://contortuplicated.tumblr.com/

DAN
Hari ini Sabtu 16 JULAI 2011
Sanah Helwa Nur Fatimah Che Ain..
Semoga diberi kejayaan hidup di dunia dan akhirat.amin
Semoga cepat2 dapat jodoh..kahkahkah.....


rindu detik bersama G-16

p/s: Lagu buat tim...


Thursday, July 14, 2011

~Sanah helwa buatku...~

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Kuasa...hari ini 15 JULAI 2011(Jumaat) telah bertambah lagi angka usiaku. Bertambah tua la aku. Eh silap makin matang la aku..huhu. Alhamdulillah sungguh bertuah diriku kerana pada hari ini tarikh keramat itu jatuh pada hari yang penuh berkat., hari yang dilimpahi rahmat, apatah lagi subuh tadi air rahmat telah  berguguran membasahi Taman Setia ini. Doaku agar matiku juga jatuh pada hari Jumaat. InshaAllah. Amin

Namun, di sebalik pertambahan usia itu, ada seberapa agenda yang perlu aku tambah dan tingkatkan lagi momentumnya..iaitu:

1. Bekalan di akhirat - dari segi amalan. Alhamdulillah sebelum melakar pena di ruangan blog ini, aku singgah sebentar di laman sesawang "facebook". Ramai yang memberikan ucapan heppy besday, sanah helwa, selamat hari lahir..cuma ada segelintir sahaja yang mengingatkan ku kepada kematian. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan doa agar tidak lemah dalam perjuangan dan sebagainya. Lantas kata-kata itu membuatkan ku terfikir, bagaimana akan amalan-amalan ku yang lepas?Adakah masih di takuk lama atau perlu kepada "anjakan paradigma"? Semuanya perlu aku fikirkan. Bukan setakat berfikir, ianya perlu juga kepada tindakan. Itu barulah dinamakan " HIJRAH". Hijrah tidak perlu hanya tunggu pada waktu Maal Hijrah saja, setiap hari kita perlu berhijrah. Tepuk dada, tanya iman. tiba-tiba idea datang..

2. Ukhuwwah.. Bicara mengenai ukhuwwah ini akan tiada hentinya. Tapi bagaikan saat ini uhkuwwah itu bagaikan hambar. Perasaan itu berkurangan. Dimana silapnya aku pun tidak pasti. Adakah kerana "hal" itu ataupun sebaliknya? Sahabatku mengatakan inilah ujian dalam persahabatan. Aku menerimanya..namun..hurm perlu belajar lagi akan persahabatn ini.

3. Semester 2. Semester yang baru bermula. Semester tangga ke2 yang membawaku untuk sampai ke garisan penamat. Andai pelari pecut negara baru berjinak-jinak mengatur langkahnya, aku sudah mulai berada di larian yang pertama. Ya itulah aku. Aku yang takkan berhenti untuk berusaha setelah kecundang pada mulanya. Aku pastikan yang kaki dan tangan ini takkan pernah untuk berhenti sekerat jalan. Jika orang lain bisa mentertawakan dan mengherdik diriku sedemikian, biarlah. Akan ku pasti herdikan dan gelak tawa itu menjadi inspirasi baru dalam perjuanganku. Takbir!!!

Sambil ku ligat menulis, ku jelajahi pula laman "youtube"..dan akhirnya terjumpa lagu ini....liriknya itu membuatku analisis diri. Jom dengar.....:)



~cerita Dunia~

Alhamdulillah telah selamat sampai di bumi Alor Setar, Kedah...agenda perjuangan tetap diteruskan seperti biasa walaupun tempat dan situasinya agak berbeza.

Dijangkakan kelas bermula 10hb, akhirnya ditunda lagi ke 17hb ni...pasti ader hikmahnya..memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk bersedia menghadapi tempat baru..

Keputusan semester lepas pun dah dapt..Alhamdulillah walaupun yang disasarkan tidak mengena..Semester ini kena cuba lagi..agar mendapat yang lebih baik.

Keputusan raya pun dah buat..Raya di perantauan lagi....hihihi..alah bisa tegal biasa..rutin tahunan..Masa itu akan tiba..beraya bersama keluarga.

Kini, penig jadual plak...bincang....terus berbincang...untuk dapatkan hasil yang terbaik..Kelas semuanya bermula petang..xbest...minda kurang berkembang..tidor je yang mengembang...

Last but not least...tanamkan azam untuk terus maju ke hadapan....ya hanya pandang ke hadapan saja..tong sampah yang kat depan pun langgar saja...kihkihkih