Friday, January 28, 2011

~BiLA HaTi BiCAra~



Mengharungi samudera mahligai yang suci 
Penuh gelombang silih berganti 
Semua adalah ujian penguat cinta 
Apabila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahagian hidupku
Kerna hati bicara

Kata menjelmakanmu
Kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Kurnia Ilahi mempersatukan dua hati 
Kurasa yang kau rasa
Kerna hati bicara

Friday, January 14, 2011

Tip-TIP meneGUHkaN IMAn

~ Menikmati keindahan alam ~
  • Bersyukur apabila mendapat nikmat.
  • Sabar apabila mendapat kesulitan.
  • Bertawakkal apabila mempunyai rencana.
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
  • Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.
  • Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan.
  • Jangan tamak kepada harta.
  • Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar.
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
  • Lakukan solat fardu pada awal waktu dan berjemaah di masjid.
  • Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
  • Jangan rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
  • Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
  • Bersatu padulah keran Allah dan berpisahlah hanya kerana-Nya.

Friday, January 7, 2011

SAkit

Tak mau kubiarkan diriku pedih
Menanggung sakit
Hanya Yang Mutlak bisa menyembuhkan
Sekerdip tatapan Mata-Mu
Adalah tempatku memohon
Menghimpun citaku
Bagiku Kau akan lebih nyaman
Dibanding dunia dan semua isinya
Jiwa yang tabah direcai derita
'Kan tabah selama
Jika di dunia ini ada pereda sakitku
Moga Tuhan sendirilah penyembuhnya 

 

TarBIYYah UntukkU

BERKORBAN DEMI CINTA-NYA

“ Dinar Emas adalah satu keyakinan pelaburan kepada dunia Islam khasnya. Seperti EURO yang diyakini akan kestabilan nilainya telah berupaya untuk standing dengan nilai dollar. Kesatuan antara semua Negara OIC ternyata akan mempengaruhi nilai pasaran Dinar Emas. Yang penting adalah kesatuan ummah..”

Konferen Persidangan bertajuk “Dinar Emas: Antara Realiti dan Angan-angan”, ternyata panas dan gamat. Sebentar tadi, pembentangan kertas kerja oleh pelajar tahun akhir Kuliyyah Iktisad, UUM. Kalau tidak kerana desakan Prof Dr. Yusuf Hambali pasti dia takkan menjejakkan kakinya ke sini. Masih banyak kerja-kerja penyelidikan yang perlu disudahkan. Beginilah rutin pelajar Phd di UKM. Bertemankan Syahid, dia cuba untuk memenuhi hasrat pensyarah yang menjadi mentor penyelidikannya itu.

Namun, tatkala ini dia tergamam. Suara itu seperti sudah lama dikenali. Namun lewat kebelakangan ini, ia sepi. Kini, dia di hadapan pentas. Menuturkan patah-patah bicara yang bernas. Diadun untuk mencerna minda. Benarkah dia?

Lengkap berseragamkan jubah biru tua, tudung putih berseri dan purdah lambang seorang muslimah yang berhati waja, ternyata gadis itu mampu menarik perhatian khalayak ilmuan itu.

“Diyakini akan keutuhan nilai sebagai antara wang perantaraan yang terbaik pernah digunakan. Perlukah kita menidakkan “keperkasaan” Dinar Emas”.

“ Perlukah kita mengagungkan EURO? Sedangkan di kalangan Negara anggota EU sendiri masih berbelah bahagi dan curiga mencurigai akan nilai yang diwarwarkan sebagai matawang terbaik dunia. OIC selaku badan berlahirkankan “Islam” mampu untuk memainkan peranan penting untuk menyatukan ikatan ummah Islam sedunia. Jika kita bergabung rasanya kita adalah kekuatan yang mampu menggoncang ekonomi dunia. Benarkah bahawa US adalah Negara yang paling stabil kedudukan ekonominya US adalah antara Negara yang menghadapi masalah krisis ekonomi dalaman yang teruk. Malah Nigeria rasanya masih mempunyai rekod status ekonomi yang stabil jika dibandingkan. Tapi, seanterio dunia telah ditipu dengan kata-kata “ US adalah kuasa dunia”. Dengan penyamaran sebagai kuasa dunia, maka US tidak ubah laksana badut di sarkas kehidupan”.

Di saat konferen itu berlangsung dengan pembentang kertas kerja yang lain, dia teruja dengan kenangan silam yang masih berbekas di hatinya. Lambang ketegasan seorang wanita mukmin dalam kelembutan sikapnya. Seorang gadis yang berdiri kukuh dengan perisai kebijaksanaan di hadapan pentas tadi, mengembalikan ingatannya pada sebuah kisah.


“ketika itu semua wanita mukmin akur dan taat dengan suruhannya. Yang menjadi kalut adalah Yahudi laknatullah. Terjadilah dalam kisah pemuda Yahudi mempermainkan hijab wanita mukmin sehingga mencetuskan kemarahan pemuda Islam.” Seketika dia terdiam, mungkin sedang ligat memikirkan buah hujah untuk dibentangkan di hadapanku.

“Hanya betis yang terselak dan ia meningkatkan kemarahan pemuda Islam pada zaman itu. Cuba awak lihat zaman sekarang, bukan setakat betis malah jika seluruh anggota badan wanita mukmin itu terbuka tiada siapa pun yang akan mempersoalkannya. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa orang Islam sendiri yang menyelak pakaian wanita Islam”.

Ternyata pandanganku mengenai “pembaharuan” yang dikenakan oleh tunanganku ini mengundang khutbah panjang lewat pertemuan rembang sesudah asar. Ditemani dengan teman baiknya, aku mengatur pertemuan. Hanya untuk menyampaikan kiriman umiku kepadanya. Nah, inilah balasan yang kuterima. Kedatangannya dengan “purdah” menyebabkan aku kurang selesa. Risau jika dia terlibat dengan sebarang gerakan dakwah songsang. Akhir-akhir ini aku dikhabarkan, tunanganku ini semakin aktif dengan jemaah. Kebimbangan bertamu di hati. Keresahan itu terjawab dengan penampilannya petang itu.

“Bukankah memakai purdah adalah salah satu daripada tuntutan wajib? Ringkasnya, aurat mempunyai 2 pengertian iaitu yang pertama adalah harga diri dan yang kedua aurat tubuh badan. Menutup aurat itu adalah wajib kepada seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi,jika muka dan tapak tangan itu boleh menimbulkan fitnah,maka saya rasakan bahawa jatuh hukum wajib untuk menutup muka dan tapak tangan itu”.

“saya rasa tiada apa yang perlu dibimbangkan. Begitu juga dengan awak. Saya memperjuangkan apa yang penting untuk kehormatan saya sebagai wanita Islam”. Kulihat wajahnya merona menahan panasnya mentari petang. Bagai kelopak mawar di pagi hari,walaupun dilitupi purdah.

“ Siapa awak untuk mempersoalkan tentang saya? Rasanya sebagai tunang, ia belum lagi memberikan apa-apa hak kepada awak untuk mempersoalkan tindakan saya, selagi perbuatan saya ini tidak melanggar syariat. Malah, awak patut memberikan sokongan. Benar, amal saya masih belum sempurna. Masih banyak lagi amalan Islam yang perlu saya bangunkan dalam diri saya ini. Saya tidak mengatakan bahawa dengan pemakaian saya kini adalah selengkapnya dan ia melambangkan bahawa ilmu saya sudah cukup. Ilmu setiap manusia itu takkan cukup hatta saat dia menghembuskan nafsnya yang terakhir. Saya akan berusaha dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan dalam diri saya. Malah, tidak keterlaluan saya katakan saya juga mengharapkan awak sentiasa muhasabahkan diri ke arah kebaikan”.

Aku sedikit terkesan dengan bicara tunanganku ini. Rentetan kisah-kisah lewat 80-an tergambar dengan jelas di mindaku ini. Tatkala, isu pemakaian purdah di kalangan siswi kampus begitu mengundang kontroversi. 16 orang siswi yang digantung pengajian di USM pada sesi pengajian 1985/1986. Pekeliling Kementerian pada 29 Mac 1985, disebarkan untuk tindakan NC UKM, UM, UTM, UUM, USM dan Pengarah ITM dan UPM. Ia menyatakan tindakan akan diambil ke atas pelajar yang mengenakan pakaian menutup muka. Aku tidak ingin kejadian seumpama itu terjadi lagi. Terutama buat insan yang aku sayangi. Aku tidak ingin melihat dia terkandas dalam pengajiannya. Ku luahkan jua kerisauanku ini.

“Awak begitu yakin? Ada dalil atau nas yang sahih? Bukankah Islam itu mementingkan kesederhanaan?”, sebagai pelajar Kejuruteraan Mekanikal aku tahu ilmu aku terbatas, tapi yang pastinya aku perlu tegaskan pendirian aku. Dia tersenyum barangkali mendengar kata-kataku.

“Mengapa masyarakat yang dikatakan terbuka pemikirannya kini, memikirkan soal remeh dan meributkan perintah ini. Semasa turunnya perintah Allah mengenai hijab dalam surah al-Ahzab ayat 59,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin,’Hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu.”

“kalimah Jilbab mengikut ulamak Tarmizi, adalah tutup kepala dan tutup muka, bermakna kesemua wanita mukmin perlu menutup muka dan kepala mereka. Dalam kitab tafsir Al bahrumuhidh karangan Abu Hayyan, pada juzuk 10 muka surat 280 menghuraikan ayat tersebut, muka adalah anggota yang perlu ditutup. Kitab tafsir karangan Abu Sa’ud juga ada menegaskan perkara yang sama. Awak juga boleh mencari pendapat dan kupasan dalam kitab-kitab Jalaian oleh Ibnu Abbas dan kitab tafsir Ahkam. “

“Pernahkah awak terdengar potongan hadith ini, ‘wahai Ali, kalau kamu sudah terpandang kepada perempuan, jangan teruskan pandangan kamu itu. Terpandang yang kali pertama itu adalah untuk kamu.”
“apa yang saya bimbangkan adalah jika terjadi fitnah ke atas saya. Jangan risau, purdah ini boleh dibuka jika berlaku keadaan darurat. Sesuai dengan kata-kata … dalam keadaan darurat, dia adalah diharuskan kepada perkara-perkara yang diharamkan”.

“Saya tahu muka saya boleh menimbulkan fitnah, sudah lupakah awak tentang kejadian sebulan yang lepas?”.

Masakan aku boleh melupainya. Tidak kunafikan benar kata-katanya, mukanya telah menimbulkan fitnah. Kerana itu aku telah melepaskan penumbuk sulungku kepada seorang pemuda kampung yang cuba untuk melakukan perkara kurang sopan kepada tunanganku ini semasa dia menunggu bas untuk ke Maahad. Masih tergambar jelas.
Perdebatan kami tidak terhenti di situ sahaja. Ternyata aku begitu kurang menyenanginya. Perlukah berpurdah sedangkan untuk menjaga diri dia masih boleh menggunakan jalan lain antaranya belajar ilmu mempertahankan diri. Namun saranan aku tidak berbekas di hatinya. Dua kali pertemuanku di rumahnya bersaksikan keluarganya aku meminta dia mempertimbangkan hal ini. Akhirnya kali kedua, dia telah memberikan keputusan yang langsung tidak pernah aku jangkakan.

“ Awak, saya sanggup berkorban demi cinta. Tapi, cintaNya lebih saya agungkan berbanding cinta awak. Saya sanggup kehilangan cinta awak daripada cintaNya. Rasanya pertunangan ini sampai di sini sahajalah. Saya tidak sanggup kehilangan cinta Allah”, aku terpana. Titik noktah telah diberikan.

Itulah sejarah 5 tahun dahulu. Aku membawa diri ke UK menyambung pelajaran. Di sana barulah aku termangu-mangu kerana melepaskan “mutiara iman” yang paling berharga. Aku belajar tentang ilmu agama daripada ustaz-ustaz di sana. Rupanya banyak yang aku tidak tahu. Tidak kunafikan, semakin aku belajar semakin banyak yang aku tidak tahu. 5 tahun aku menghambakan diri di sana, selepas master aku memohon untuk mengambil Ijazah Kedua tapi dalam bidang yang berlainan. Islamic studies. Alhamdulillah, Allah permudahkan laluanku untuk menutut ilmuNya. Setiap kata-kata bekas tunanganku itu ku terjemahkan melalui ilmu pengajianku. Benar. Ya Allah, akukah yang buta?

Sentuhan Syahid di sebelah mengejutkan dia daripada lamunan yang panjang. Dia meraup mukanya. Majlis telah usai rupanya. Syahid mengajak untuk menemankan dia berjumpa dengan tunangannya. Kad undangan walimah Syahid masih tersimpan kemas di laci. Masih belum terusik.

“Hai, takkan tak sempat nak tunggu seminggu lagi,”
“Ana nak bagi barang la,”
“Naufal, kenalkan ini tunangan ana, Nurul Iman,”

Malam itu, selepas solat insya’ bermunajat lama, berteleku di atas sejadah, memuliakan QalamNya. Melindungi kesedihan hati.

Nurul Iman, itulah gadis yang pernah bertakhta di hatinya. Dan itulah juga gadis yang bakal melangsungkan pernikahan dengan sahabat baiknya, Syahid.

Thursday, January 6, 2011

CInta PejuanG HiJAb

CINTA PEJUANG HIJAB

Api kemarahan terus menyala-nyala. Seluruh negara bergolak. Jalan-jalan raya dipenuhi rakyat yang cintakan Islam. Jalan-jalan raya juga dikelilingi kenderaan-kenderaan merah yang siap siaga untuk memburu mangsanya. Manusia-manusia yang berbaju hijau, bertopi keledar dan berperisai merah terus menggempur rakyat jelata. Gelombang manusia yang cintakan Islam di sirami air yang memedihkan mata. Manusia berpakaian hijau terus menerajang, membelasah mereka yang membantah pengharaman hijab di sekolah-sekolah kerajaan.

****

Muaz semakin sibuk. Tugasnya sebagai pemimpin pelajar Islam di kolej mereka membuatkannya sibuk. Sudah dua hari kolej mereka di tutup kerana tiada lagi tenaga pengajar yang mencukupi. Pensyarah-pensyarahnya kebanyakannya telah ditahan polis atas tuduhan terlibat dalam gerakan subversif. Bilik pejabat persatuan semakin sibuk. Persiapan terakhir dilakukan. Mereka sudah tiada pilihan. Jalan rundingan yang mereka cadangkan dibalas dengan penangkapan pensyarah-pensyarah kolej mereka. Kini jalan terakhir ialah dengan cara yang dianggap sebagai ganas, tidak bertamadun. Esok, selepas solat Jumaat mereka akan berarak beramai-ramai ke stadium negeri untuk membantah penangkapan pensyarah-pensyarah mereka yang ditahan hanya kerana mempertahankan hak wanita mukminah untuk menutup aurat. Muaz meneliti suratkhabar lama yang terdampar di atas mejanya.

1 Januari- Menteri Pendidikan Persekutuan dipetik sebagai berkata bahawa arahan supaya tudung labuh diharamkan di pusat-pusat pendidikan kerajaan telah diluluskan di parlimen. Beliau juga mengatakan bahawa tujuan arahan ini dikuatkuasakan adalah unutk membasmi pengaruh-pengaruh ekstrimis dan subversif yang cuba disebarkan melalui hijab. Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa pemakaian hijab adalah lambang masyarakat yang tidak bertamadun. Ketika di minta mengulas tentang pihak-pihak yang menentang penguatkuasaan undang-undang tersebut. Menteri Pendidikan tersebut dengan lantang menyebut bahawa mereka yang menyuruh wanita memakai hijab adalah golongan yang jumud pemikirannya. Menurutnya lagi kita mestilah bersederhana dalam melaksanakan Islam. Beliau juga menambah ……………….

Pembacaan Muaz terhenti di situ. Dia tidak sanggup meneruskan pembacaannya. Hatinya pedih melihat manusia yang mendakwa sebagai pelopor Islam sederhana menghalang umat Islam daripada melaksanakan kewajipan kepada Allah. Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang menggelarkan diri mereka Islam sederhana.

****

Hati Aisyah semakin rungsing. Berita yang didengarinya membuatkan dia tidak senang duduk. Sudah bermacam-macam berita yang didengarnya melalui kawan-kawannya di kolej. Semuanya tidak menyenangkan hatinya. Aisyah segera mengambil kunci keretanya. Dia memandu dengan kelajuan yang maksima. Apabila tiba di perkarangan kolejnya. Dia segera menuju ke ibu pejabat Persatuan pelajar Islam. Dia melihat sekeliling mencari seseorang. Tiba-tiba seorang gadis, bertudung labuh menegurnya.
“ , ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Saya mahu berjumpa dengan Muaz.”
“Oh, Awak mahu berjumpa dengan Muaz, Presiden Persatuan Pelajar Islam. Maafkan saya. Dia sedang bermesyuarat di dalam. Jika awak tetap mahu berjumpa dengan dia sila tunggu sebentar. Dalam masa sepuluh minit lagi Insyaallah mesyurat tersebut akan selesai,” terang gadis bertudung labuh tersebut.
Aisyah hanya mengangguk. Dia melihat jam di tangannya. Sepuluh minit dirasakan seperti sepuluh tahun. Hatinya lega pabila melihat insan yang dinanti-nantikannya keluar dari bilik mesyuarat.
“ ,” Muaz membuka kata.
“Waalaikumusslam.”
“Ada apahal awak nak jumpa dengan saya ni. Kenapa tak telefon sahaja?”
“ Saya ada hal nak cakap sikit dengan awak.”
“Apahalnya sampai tak boleh telefon. Kan saya dah kata saya sibuk sekarang. Cakaplah, selepas ni saya banyak lagi kerja yang nak dibuat.”
“Saya nak awak berhenti dari kerja-kerja gila ni.”
“Apa maksud awak?” soal Muaz tidak faham.
“Saya tak mahu awak terlibat lagi dengan kegiatan subversif ni. Sudah banyak berita tentang kegiatan awak yang saya dengar. Dan saya juga ada terdengar yang nama awak ada dalam senarai pelajar yang sedang dipantau,” terang Aisyah.
“Jika saya tetap meneruskan kegiatan saya, apa yang awak nak buat?” balas Muaz.
“Kenapa awak degil sangat. Saya tak nak lihat awak ditahan seperti rakan-rakan awak yang lain. Kenapa awak ni degil sangat?”
“Saya tetap dengan pendirian saya. Ini perjuangan saya. Ini saya lakukan untuk agama kita. Kenapa saya perlu takut? Awak mahu saya memerhatikan sahaja umat Islam dihina di bumi sendiri. Mana maruah awak jika awak membiarkan sahaja hijab gadis-gadis Islam terbuka. Mana maruah kita sebagai umat Islam.”
Aisyah terus berlalu meninggalkan Muaz selepas mendengar kata-kata Muaz tadi. Baginya apa yang dilakukan oleh Muaz adalah satu tindakan yang bodoh. Baginya hanya orang yang bodoh sahaja akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Sebaliknya bagi Muaz apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang mulia. Semuanya adalah datang dari kesedaran untuk membela agamanya. Tidak terdetik sedikitpun di hatinya untuk memberontak atau mencetuskan huru-hara.
“Apa halnya Muaz?” soal Zaid selepas Aisyah meninggalkan Muaz keseorangan.
“Biasalah perempuan Zaid. Dia terlalu risau yang aku akan ditangkap nanti.”
“Tu tandanya dia sukakan kau,” sambung Zaid sambil tersengih.
“Betullah apa yang Nabi kata umat akhir zaman nanti di landa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.”
Zaid hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Muaz. Mereka segera masuk ke dalam pejabat mereka kerana masih banyak tugas yang perlu diselesaikan.

****
Laungan takbir terus bergema. Keadaan semakin gawat. Air yang memedihkan mata terus dipancutkan. Sudah ramai pelajar di tarik masuk ke dalam trak. Kala itu musnahlah keadilan. Manusia yang berpakaian hijau, berperiasi merah terus mengganas. Sepak terajang mereka sudah tidak mengenal siapa. Kelihatan seorang pelajar berlumuran darah di bantai dengan cota. Kelihatan pula seorang gadis bertudung labih di rentap tudungnya. Trak-trak merah terus mara menghampiri pelajar-pelajar yang terus bersemangat.
“Jihad! Jihad!” laung seorang pelajar.
Laungannya di sahut dengan teriakan Allhuakbar oleh pelajar-pelajar yang lain. Manusia beruniform hijau terus menggila. Mereka mendakwa mereka dipihak yang benar. Mempertahankan keamanan kononnya.
“Mereka berjuang untuk Islam, tapi aku…” mungkin inilah persoalan yang mungkin akan muncul di dalam hati mereka ketika mereka dengan rakus membelasah pelajar-pelajar yang berjuang untuk Islam.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Tiba-tiba kelihatan sekujur tubuh gugur ke bumi. Darah merah mengalir keluar. Tika itu mereka tahu seorang daripada mereka telah syahid. Keadaan yang sunyi seketika kembali riuh-rendah, Pekikan takbir terus bergema. Keadaan mereka seperti di Palestin. Jika di sana umat Islam menentang yahudi laknatullah. Di sini mereka menentang manusia yang bertopengkan Islam sedangkan hati mereka sudah jauh dari Islam.
****

“Kau lupakan sahaja Aisyah tu Muaz. Ramai lagi muslimah yang kau boleh cari. Bunga bukan sekuntum,” kata Zaid kepada Muaz.
“Aku tahu Zaid. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat dengan dia sedangkan prinsip kami berbeza. Nah, sekarang lihat natijahnya.”
“Kalau kau nak cari yang lain sekarang aku boleh tunjukkan.”
“Isy kau ni Zaid. Orang tengah sibuk dengan isu hijab kau sempat lagi nak carikan awek untuk aku.”
“Aku bukan apa Muaz. Sebenarnya aku dah ada calon untuk kau. Dah lama aku nak kenalkan dia kepada kau. Tapi dulu kau dah ada Aisyah. Tapi sekarang kau tengah solokan. Kalau kau nak tahu siapa dia kau lihat di depan sana,” kata zaid sambil jarinya menunjukkan ke satu arah.
Muaz menoleh ke arah yang ditunjukkan Zaid. Seorang gadis bertudung litup sedang berdiri tidak jauh dari situ.

****

Keadaan semakin huru-hara. Semakin ramai pelajar di tarik masuk ke dalam trak dengan kasar. Kelihatan jua seorang pelajar berkopiah putih yang berjambang nipis di tarik naik ke dalam trak. Pelajar itu seperti enggan menuruti arahan manusia beruniform hijau. Tiba-tiba salah seorang daripada manusia yang berserba hijau menghalakan sesuatu kea rah pelajar tadi. Bunyi das tembakan itu menggegarkan kawasan tersebut.
Zaid memandang sekeliling mencari arah bunyi tembakan tersebut. Dia terdengar nama Muaz disebut-sebut. Zaid tahu sesuatu yang buruk telah menimpa Muaz. Dia segera mengikut arus manusia ke arah bunyi tembakan tersebut. Dia melihat satu tubuh terkujur layu. Tubuh itu memang dikenalinya. Dia segera mara menghampiri tubuh itu. Dia memluk tubuh itu erat-erat. Tubuh itu masih bernyawa.
“Apa yang terjadi Zaid?” soal Muaz dalam keadaan tersekat-sekat.
“Kau ditembak Muaz,” jawab zaid pendek.
“Alhamdulillah.”
****

“ .”
“Waalaikumussalam W.B.T,” Humairah menjawab salam yang di layarkan Muaz.
“Bagaimana dengan persiapan kita. Adakah awak bersedia untuk mengetuai gerakan muslimah kita di dalam demonstrasi esok?”
“Insyaallah Muaz. Itu awak jangan risaukan. Yang penting kita mahu seluruh negara tahu bahawa kita berjuang untuk Islam. Kita mahu kerajaan tahu kita ni bukan alat yang boleh diarahkan berbuat apa-apa sahaja. Bagaimana pula dengan persiapan barisan muslimin kita? Saya harap awak dapat kuatkan semangat kerana saya tahu pihak berkuasa sedang memburu awak.”
Muaz hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Humairah.
“Kenapalah aku tak diketemukan dengan gadis ini sejak dahulu,” Muaz bermonolog sendirian.
“Apa yang awak fikirkan Muaz. Adakah awak takut?”
“Bukan begitu Humairah. Entah kenapa, saya seolah-olah merasakan ada sesuatu yang akan berlaku esok.”
“Okeylah Muaz. Dah lewat ni. Saya nak pulang dulu. .”
“Waalaikumussalam.”
Humairah terus meninggalkan Muaz bersama Zaid.
“Macam mana Muaz. Okey tak budak Humairah tu?”
“Ah kau ni menyibuklah Zaid. Dah lah tu. Esok kita ada tugas besar. Jangan kau nak leka dengan perempuan dah lah.”
Zaid hanya tersengih mendengar kata-kata Muaz.
****

Satu persatu jenazah diangkat masuk ke dalam liang lahad. Beratus-ratus manusia menyaksikan pengkebumian dua insan pejuang. Satu adalah pejuang yang berjiwa Salahuddin al-Ayyubi. Satu lagi adalah srikandi berjiwa Sumayyah.
“Akhirnya engkau bersatu jua dengan insan yang kau cintai, Muaz,” monolog Zaid di dalam hati.

Monday, January 3, 2011

CinTA KITA cinta PerJuanGAN

">“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlaku fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya...” Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah.Dan dia memang akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku.Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa dengganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. "Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!” “Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah. “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya. “Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!” “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”

***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

***Sudah bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi anbiya'. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –

Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..