Alhamdulillah telah selamat sampai di bumi Alor Setar, Kedah...agenda perjuangan tetap diteruskan seperti biasa walaupun tempat dan situasinya agak berbeza.
Dijangkakan kelas bermula 10hb, akhirnya ditunda lagi ke 17hb ni...pasti ader hikmahnya..memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk bersedia menghadapi tempat baru..
Keputusan semester lepas pun dah dapt..Alhamdulillah walaupun yang disasarkan tidak mengena..Semester ini kena cuba lagi..agar mendapat yang lebih baik.
Keputusan raya pun dah buat..Raya di perantauan lagi....hihihi..alah bisa tegal biasa..rutin tahunan..Masa itu akan tiba..beraya bersama keluarga.
Kini, penig jadual plak...bincang....terus berbincang...untuk dapatkan hasil yang terbaik..Kelas semuanya bermula petang..xbest...minda kurang berkembang..tidor je yang mengembang...
Last but not least...tanamkan azam untuk terus maju ke hadapan....ya hanya pandang ke hadapan saja..tong sampah yang kat depan pun langgar saja...kihkihkih
Ya Allah, jika rezeki masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah...amin
Thursday, July 14, 2011
Thursday, June 9, 2011
~FalsaFaH BarU~
Alhamdulillah masih diberi keizinan sekali lagi untuk bisa menulis di ruangan blog yang serba kekurangan ini..Bisa saja blog orang lain indah dan cerah dengan temanya, namun biarlah aku dengan sedemikian rupa dan keadaanya..Ini pun hanya kebetulan sahaja singgah-singgah sebentar kata teman-teman..waduh kapan loghatku berubah??nanti ku ceritakan kisahnya dibawah..Alhamdulillah juga setelah hampir sebulan aku berjaya menjejakkan kaki di bumi peladang ini..Baru aku mempunyai waktu untuk bermanja-manja dengannya..sapa lagi kalau bukan blog comel ini..harus dipujuk dulu baru bisa menghasilkan tulisan yang diluar jangkaan...ayoh para pelopor kita pekikkan kata-kata semangat yang bisa menaikkan semangat mudamu...huhuhu..
Satu petikan dari filem "Sang Pemimpi"..Filem yang bisa saja membangkitkan semangat anak muda..seperti aku dan teman-teman yang seperjuangan denganku..tertarik dengan tajuk, bahasa yang digunakan dan paling asik ialah jalan ceritanya...
Mula-mulanya, ku ceritakan dulu hubungannku dengan tajuknya, "Sang Pemimpi". Rupa-rupanya tidak jauh dari sudut pandanganku nama Sang Pemimpi itu adalah nama samaran my beloved brother didalam laman web sosialnya, Facebook. Itupun baru ku perasan setelah melihat filem ini..Filem ini juga secara tidak sengaja dapat ku melihatnya ketika bermalam dirumah salah seorang sahabatku, Cyg Ens. Ku kira hari itu sungguh bertuah sekaliiiii.....asik..
Seterusnya, jalan cerita filem ini benar-benar membangunkan semangat si anak muda. Ada saja kata-kata yang ku rakam di minda dan ku simpan dalam draft hp nokia ku sebagai tatapan dikala luntur semangat mudaku..Sahabat-sahabatku juga kelihatannya begitu asik melihat filem ini. Masakan tidak filem Malaysia saja bukan begini jalan ceritanya..kalau tidak cinta, gangster..kalau tidak gangster hantu-hantu..ada-ada saja kisahnya..Detik ini juga, adikku yang paling kecil sedang menontonnya di saluran 951 astro Box Office..Aku juga bagaikan terpanggil-panggil untuk melihatnya buat kali yang ke-4..
Aku juga berfikiran tidak rugi rasanya teman-teman diluar sana untuk sama-sama menonton dan menghayati jalan ceritanya..pasti akan meninggalkan pelbagai "isi kandungan" yang luar biasa yang bisa kita perolehi..Ayuh apalagi para pelopor...
Antara kata-kata yang ku simpan ialah:
"Seribu orang tua hanya bisa untuk bermimpi. Seorang anak muda akan bisa mengubah dunia." -
"Masa muda masa yang berapi-api".
Sunday, April 24, 2011
~~TerseNTaP~~
Alhamdulillah..ku gagahi jua akhirnya pada pagi 25 April pagi ini untuk mengulangkaji pelajaran. Di saat yang lain lena di ulit mimpi..aku teruskan langkah gigih berusaha mencari nota, membelah minda dan membuat kira-kira bagi subjek yang ku agak "killer" juga sebenarnya..Thanks also for Puan Mimi Zuhairatun cause always help us and give us support to achieve A's in Basic Financial Accounting subject. Nevertheless I dont get A's yet, but never impossible 4 days more struggle..I'll try my best...yeah, i'll DO IT.
Dalam tengah sibuk-sibuk duk tengok formula, jari jemariku ligat mencari link www.iluvislam..mencari kata mutiara baru untuk dihadami...jeng..jeng..jeng akhirnya inilah hasilnya..cukup "terkena", "terasa" dan "tersentap" di batang hidungku sendiri apabila membacanya..Mari sama-sama kita baca dan selami isi kandungannya.
Kepentingan Usrah
Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa'I (sedar) dan waqi'I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta'rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad'u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus, konsep 'amal jama'i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).
Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa'id Hawwa sebagai nizam al-da'wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila' (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.
USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH
Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
- Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
- Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
- Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
- Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba' dan ahli.
Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:
- Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam? Sejauh mana konsep al-ta'awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam? Sejauh mana ikatan dibentuk? Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?
Akhirnya marilah kita sama-sama membaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.
p/s: pesan pada diri sendiri dan mereka di luar sana yang terdir daripada anak-anak usrah, JANGAN lari dari "berusrah"...
Friday, April 22, 2011
~FiKIraN LapanG~
Alhamdulillah..early morning today, i have done my Quran exam...alhamdulillah...
Tomorrow, berhadapan dgn satu lagi kertas.....rasa cm xsabar plak nak jawab kertas ni...erm agaknya sebab carry mark bole tampung kot....pepun, skrg tga ulangkaji smbil2 dgar lagu Hijjaz- Satu Amanah...lagu ni best..amik kat fb Amirah...xknal pun budak ni tapi hnya taw dia ni adik kpd Bayusenja...hihihi..sebenarye sje2 je amik, nak cari the latest nasyid from Hijjaz..then, i found these songs...
Jom sama-sama kita hayati lagu ini....
HIJJAZ - SATU AMANAH
Dengan Bismillah ku
bermula
Bingkisan hati buatmu
teman
yang dikasihi..
Kita bersama dalam satu ikatan
bermula episod hidup didunia ini
ku harap hanyalah didunia
Dirahmati dan diredhai
selamat sejahtera di syurgawi
Oh tuhan satukanlah hati kami
dalam menyintai
redha atas ujian diberi
jauhkanlah kami
dari rakus mengejar duniawi
hidup mati biarlah untukMu
harap dunia hanya ditangan
bukannya dihati...'tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta didunia fana
ada amanah yang tersedia
Tuhan itu harus diutama
dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk memburu cinta-Nya..
Oh cinta-Nya
Kita laksana bersama
amanah dari-Nya
demi memburu cinta dan harapan
Tuhan
kau satukanlah hati-hati
memohon kasihMu
Oh Tuhan
dalam mengharap redha dariMu
hanya didunia
Kita harapkan
Kita dambakan
Selamat sejahtera bahagia
Everytime i heard this songs, my feeling will disturb...and the started to think..think..and thinking again..
Tuesday, April 19, 2011
~~Situasi~~
Hari ini bersamaan 20 April 2011
dan ESOK hari ke2 ku melangkahkan kaki berjuang di medan peperiksaan..ada 7 subjek lagi yang perlu ku pulun habis-habisan.
agak sedikit "tersentap" sebenarnya apabila seseorang brtnya.."x update blog ke?"
bila think and think again..memang betul..ak hampir terlupa akan tanaman ku yang satu ini....sibuk membaca blog orang lain hingga terlupa akan blog sndiri...aduhai...hingga hampir menjadi sarang labah-labah blog ini..kesian dia..
tapi xmengapa..hanya tinggal seketika saja lagi..sabar ya wahai blog...akan ku luahkan segalanya..akan ku lontarkan bermacam2 cerita...
Monday, February 21, 2011
JaDI yang "LuaR BIasa"
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Subscribe to:
Posts (Atom)


